Tuesday, September 25, 2012

Persiapan Yang Menjelang

Tanpa kami sedari, peperiksaaan akhir tahun akan menjelang tidak lama lagi. Alangkah terperanjatnya saya apabila saya sedari bahawa peperikaan akhir tahun terjatuh pada hari Khamis ini. Yah, Khamis ini! Kami hanya tinggal kurang daripada dua hari sahaja untuk membuat ulangkaji yang terakhir. Peperiksaan ini bakal menentukan 'course' yang ingin kami memasukki pada tahun hadapan. Seperti guru saya berkata, "It's your final lap".

Sejauh ini, saya telah mengulangkaji hampir semua subjek kecuali subjek 'D&T' dan 'Literature'. Guru-guru kami telah memberi banyak sokongan dan semangat untuk kami. Semua guru telah melaksanakan tugas mereka untuk mengajar kami. Sekarang, kami harus membuat yang terbaik dan tunjuk kepada mereka bahawa kami telah mendapat faedah daripada mereka.

Sebagai peringatan buat saya, hari ini, saya ingin mencatat format Kertas Bahasa Melayu yang Puan Ida suruh kami buat. Kertas 1 mengandungi bahagian A dan bahagian B. Kami dapat memilih antara dialog ataupun surat rasmi dalam bahagian A manakala di bahagian B, kami boleh memilih antara karangan deskriptif, ekspositori dan naratif. Kertas 2 mengandungi bahagian imbuhan, prosedur kloz, peribahasa, kefahaman objektif, kefahaman subjektif dan ringkasan. Bnayak latihan yang telah kami lakukan dalam kelas terutama kali buat kertas 1.

Kami semua berharap dapat mencapai kecemerlangan dalam semua subjek buat peperiksaan akhir tahun ini. Dengan ini, saya ingin mengucapkan SEMOGA BERJAYA kepada semua pelajar. :D



Monday, July 9, 2012

Bulan Bahasa 2012

Bulan Bahasa diadakan pada setiap tahun. Pada tahun ini, ia jatuh pada bulan Julai. Terdapat banyak akitiviti yang diadakan sempena Bulan Bahasa ini.
Antara tiga aktiviti yang ingin saya menyertai ialah Teater Klasik Muzikal yang diadakan pada Sabtu lepas, 7 Julai. Namun, saya tidak dapat menghadiri aktiviti itu. Pada pendapat saya, persembahan teater ini mungkin amat menyeronokkan. Melalui persembahan ini, seseorang dapat mempelajari sedikit-sebanyak mengenai klasikal yang mereka tidak mungkin mengetahui.
Kedua, Malam Budaya adalah antara aktiviti yang ingin saya menghadiri. Aktiviti sebegini dapat menanam pengetahuan budaya Melayu kepada penonton. Ramai yang tidak mengamalkan budaya Melayu secara amnya.
Ketiga ialah Kesantunan Bahasa. Melalui aktiviti sebegini orang yang menghadiri dapat mengetahui mengenai kesantunan Bahasa. Ramai yang menggunakan Bahasa kasar atau yang kurang baik. Mereka juga tidak sopan.

Thursday, March 8, 2012

Penggunaan 'Ialah' Dan 'Adalah'

'Ialah' dan 'Adalah' merupakan Kata Pemeri. 'Ialah' digunakan sebelum kata nama. Manakala, 'adalah' digunakan sebelum perkataan yang bukan kata nama. Misalnya, kata adjektif dan kata sendi.

Contoh-contoh:

1) Cikgu Siti ialah guru yang penyayang dan suka mengambil berat mengenai pelajaran anak muridnya.

2) Kedai Smiggle ialah kedai kegemaran adik saya kerana di situ terdapat banyak barang yang menarik.

3) Pelajaran Sains hari ini adalah tentang pertumbuhan pokok-pokok.

4) Beg-beg Kate Spade adalah yang termahal jika dibandingkan dengan beg-beg yang lain.

Wednesday, February 15, 2012

Blog Bahasa Melayu?

Ya, blog Bahasa Melayu. Pertama kali mendengarnya? Mungkin juga. Blog Bahasa Melayu sering dianggap sebagai blog yang tidak menarik untuk membaca. Tetapi saya akan merubah sikap anda.

Tidak terlintas dalam fikiran saya yang Puan Ida menyuruh kami membuat sebuah blog mengenai perkembangan Bahasa Melayu saya. Buat kali pertama, saya membuat blog Bahasa Melayu. Beberapa persoalan berlegar dalam fikiran saya. Bagaimana hendak meluangkan perasaan saya dalam Bahasa Melayu? Adakah blog ini akan menarik perhatian pembaca? Namun begitu, saya berasa seronok dapat membuat blog Bahasa Melayu.

Mungkin anda ingin tanya. Apakah yang akan saya isikan dalam blog ini? Blog ini akan diisikan dengan perkembangan Bahasa Melayu saya, dari segi bahasa dan budaya.

Tulus ikhlas.