Thursday, July 25, 2013

Bulan Ramadhan

Assalamualaikum pembacaku. Hari ini merupakan 16 Ramadan 1434H. Ya, cepat sungguh masa berlalu. Tanpa disangka, kami sudah berpuasa selama separuh bulan. Banyak cabaran yang telah saya lalui dari segi fizikal dan mental pada bulan Ramadhan ini. Namun, dengan kesabaran, saya dapat mengatasinya dan redhah sahaja dengan apa yang telah berlaku. Cabaran terbesar yang saya lalui ialah apabila perasaan letih dan kehausan dirasa setelah tamat melakukan senaman jasmani di sekolah. Ia mencabar tahap ketabahan saya.
Pada pendapat saya, pada bulan yang mulia ini, kami haruslah melakukan kerja yang berfaedah dan jangan tidur sahaja. Malah, kami harus banyak melakukan kerja-kerja yang dapat meningkatkan pahala kami pada bulan ini seperti contoh, banyak membaca Quran. Saya rasa, bulan Ramadhan ini telah merubah sikap saya untuk lebih merapatkan diri saya dengan Allah SWT dan saya berharap pada bulan ini juga dapat membuka hati orang ramai untuk berubah.
Sekian di sini sahaja. Saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa kepada semua umat Islam dan semoga ia diberkati oleh Allah SWT. Amin.

Wednesday, March 13, 2013

Bab 5 Man Jadda Wajada - Negeri 5 Menara

Bab ini menceritakan mengenai situasi Alif dan penghuni baru yang lain di sekolah tersebut buat kali pertama. Kelihatan ramai pelajar lama di sana menjerit perkataan-perkataan 'Man Jadda Wajada' berulang kali. Ia merupakan mantra sekolah itu yang bermaksud siapa yang bersungguh-sungguh, dia berjaya. Daripada sini, saya sebagai pembaca dapat merasakan kesungguhan mereka untuk belajar dan melakukan yang terbaik sepanjang mereka berada di Pondok Madani. Dalam bab ini juga, watak-watak lain diperkenalkan. Atang, merup[akan Orang Sunda dan berasal daripada Bandung. Raja Lubis berasal daripada pinggir Kota Medan dan mempunyai suara yang sengau. Said Jufri berasal daripada Surabaya dan rambutnya hitam ikal. Baso Salahuddin berasal daripada Sulawesi dan mempunyai kulit yang gelap. Dulmajid pula berasal daripada Madura dan mempunyai wajah yang keras. Mereka semua merupakan kawan rapat Alif dalam masa yang akan datang.

Bab 4 - Negeri 5 Menara

Bab ini menceritakan ketibaan Alif ke Pondok Madani dan menggambarkan tentang keadaan tempat belajar penulis. Sistem persekolahan di sana berbeza daripada sistem persekolahan di sekolah-sekolah lain. Sistem pembelajaran di sana dibentuk berbeza supaya pelajar dapat belajar sesuatu buat 24 jam. Pelajar di sana juga hanya boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Arab. Alif mendapat tahu bahawa sekolah itu amat popular dan setiap tahun seramai dua ribu pelajar ingin memasuki sekolah itu dan hanya empat ratus akan dipilih. Pelajar yang ingin mendaftar ke sekolah itu perlu menduduki ujian yang menguji pengetahuan mereka sebelum mereka akan diterima masuk ke sekolah itu. Saya dapat rasakan perasaan Alif buat masa itu apabila dia diberitahu bahawa dia harus menduduki ujian sebelum diterima masuk. Tentunya dia berasa panik atas berita kejutan itu.

Bab 3 - Negeri 5 Menara

Bab ini menceritakan perjalanan Alif dan bapanya ke Pondok Madani di Jawa Timur yang amat memenatkan kerana mereka harus berada dalam bas selama 3 hari untuk sampai ke destinasi mereka. Saya sebagai pembaca dapat merasakan kepenatan yang dirasai oleh Alif dan bapanya. Penerangan yang amat deskriptif dan efektif dapat membuat pembaca merasai perasaan Alif dan bapanya.

Monday, March 4, 2013

Bab 2 Keputusan Setengah Hati - Negeri 5 Menara

Alif telah mendapat keputusan yang baik dan ingin memasuki Sekolah Menegah Atas (SMA) namun tidak disokong oleh ibu bapanya. Mereka inginkan Alif memasuki ke sekolah agama. Alif berasa kecewa kerana keinginannya tidak disokong oleh ibu bapanya. Suatu hari, Alif menerima surat daripada Pakcik Gindo yang sedang belajar di Mesir dan dia menulis untuk memberitahu Alif bahawa Pondok Madani amat bagus kerana ia dapat mengubah sikap murid-murid. Alif mendengar nasihat Pakcik Gindo dan membuat keputusan untuk menurut cadangan ibu bapanya namun dengan perasaan setengah hati. Bab ini menarik kerana ia menunjukkan elemen-elemen deskriptif.

Bab 1 Pesan Dari Masa Silam - Negeri 5 Menara

Watak utama, Alif, berada di Washington DC untuk menghadiri undangan The World Inter-Faith Forum sebagai seorang ahli panel. Tiba-tiba, dia mendapat mesej di Messenger daripada sesorang yang bernama 'Batutah'. Rupanya, dia ialah Atang, kawannya daripada Pondok Madani. Dia juga akan pergi ke London untuk mewakili Al-Azhar untuk acara yang sama. Mereka akan berkumpul lagi setelah beberapa tahun terpisah. Dari situ, Alif mula mengenang masa dahulu. Bab ini menarik kerana ia menceritakan situasi sekarang dan mengimbas kembali masa dahulu.

Tuesday, February 12, 2013

Cuti Tahun Baru Cina

Pada hari Jumaat, 8 Feb 12, kami dapat pulang dari sekolah dalam pukul 11.40 pagi kerana kami tidak belajar disebabkan Spring It Up dan persembahan sempena Tahun Baru Cina. Spring It Up diadakan pada setiap tahun dan tahun ini merupakan kali kelima ia diadakan. Ia diadakan pada hari yang dekat dengan Tahun Baru Cina kerana ia bertujuan untuk membantu para penduduk mengemas barang-barang yang tidak diperlukan. Ini dapat mengeratkan hubungan saya dengan rakan sekelas saya yang baru. Sambutan Hari Raya Cina agak menghiburkan walaupun ia dalam bahasa Mandarin dan sukar untuk pelajar Melayu ataupun India faham. Selepas tamat sekolah, saya berjumpa dengan Sabrina, Maryam dan Zakiah di Bugis untuk membeli-belah. Betapa bahagianya saya dapat membeli-belah pada hari itu dan meluangkan masa saya bersama kawan-kawan rapat saya.

Pada hari Sabtu, 9 Feb 12, saya dan keluarga telah pergi ke Costa Sands Resort untuk menyambut hari jadi sedara saya. Kami berada di sana daripada tengahari hingga ke malam. Ia amat menyeronakkan kerana saya dapat meluangkan masa saya bersama keluarga saya. Kami juga ke pantai yang berdekatan dengan chalet itu untuk berseronok. Alangkah seronoknya dapat ke pantai dan menikmati alam. Pada hari itu juga saya dapat makan dengan banyak terutama sekali makanan yang dipanggang apabila kami BBQ pada pukul 6 petang. Saya amat menggemari otak-otak pada hari itu. Kami memotong kek pada waktu malam apabila semua keluarga sudah datang. Keknya amat istimewa kerana ia diperbuat daripada brownies. Hari itu, kami bukan hanya sambut hari jadi seorang sahaja tetapi tiga orang sedara saya. Alangkah meriahnya keadaan pada saat itu. Makcik saya juga telah membawa kek cawan untuk kami semua. Apabila pukul 11.30 malam sudah mejelang, kami pun pulang dan betapa penatnya saya pada hari itu. Rambut saya juga bau BBQ dan saya tidak suka.

Pada hari Ahad, 10 Feb 12, kami sekeluarga telah berkumpul di Tekka untuk bersarapan seperti hari Ahad yang biasa. Ia merupakan sesuatu yang harus dilakukan pada hari Ahad dan Tekka merupakan tempat biasa kami.

Pada hari Isnin, 11 Feb 12, saya sekeluarga tidak keluar sepanjang hari kerana kami sibuk mengecat bilik-bilik kami. Ibu bapa saya telah mula mengecat bilik mereka seawal pukul 8 pagi dan inilah membuat saya terjaga daripada tidur saya. Sememtara ibu bapa saya mengecat bilik mereka, saya dan adik saya telah menonton drama Adam Dan Hawa di dalam komputer sehingga ibu bapa kami habis mengecat bilik mereka pada waktu tengahari. Selepas bilik mereka habis dicat, bilik kami pula dicat. Kami semua bersama-sama mengecat bilik saya dan adik saya. Warna bilik kami telah ditukar daripada warna merah jambu kepada warna ungu, warna kegemaran saya. Kami habis mengecat dalam pukul 7 malam dan setelah itu, kami semua kelihatan amat letih sehinggakan bapa saya mula sakit keesokkan harinya. Saya berasa gembira dapat melihat perubahan yang baru di bilik saya.

Pada hari Selesa, 12 Feb 12, makcik saya telah menjemput kami sekeluarga pergi ke rumahnya untuk berlepak. Inilah peluang unutk kami sekeluarga berkumpul dan bercerita. Setiap kali kami berkumpul, tentu sekali ada sahaja perkara untuk dibincangkan ataupun dikongs. Kali ini ia mengenai hantu. Pelik tetapi menghiburkan. Kami juga dapat menjamu selera masakan makcik saya iaitu nasi lemak dan macaroni goreng. Selain itu, kami juga menonton filem bersama-sama seperti Ah Boys To Men dan juga Kahwin 5. Pastinya pada hari itu amat kecoh dan suasana amat meriah.