Wednesday, March 13, 2013
Bab 5 Man Jadda Wajada - Negeri 5 Menara
Bab ini menceritakan mengenai situasi Alif dan penghuni baru yang lain di sekolah tersebut buat kali pertama. Kelihatan ramai pelajar lama di sana menjerit perkataan-perkataan 'Man Jadda Wajada' berulang kali. Ia merupakan mantra sekolah itu yang bermaksud siapa yang bersungguh-sungguh, dia berjaya. Daripada sini, saya sebagai pembaca dapat merasakan kesungguhan mereka untuk belajar dan melakukan yang terbaik sepanjang mereka berada di Pondok Madani. Dalam bab ini juga, watak-watak lain diperkenalkan. Atang, merup[akan Orang Sunda dan berasal daripada Bandung. Raja Lubis berasal daripada pinggir Kota Medan dan mempunyai suara yang sengau. Said Jufri berasal daripada Surabaya dan rambutnya hitam ikal. Baso Salahuddin berasal daripada Sulawesi dan mempunyai kulit yang gelap. Dulmajid pula berasal daripada Madura dan mempunyai wajah yang keras. Mereka semua merupakan kawan rapat Alif dalam masa yang akan datang.
Bab 4 - Negeri 5 Menara
Bab ini menceritakan ketibaan Alif ke Pondok Madani dan menggambarkan tentang keadaan tempat belajar penulis. Sistem persekolahan di sana berbeza daripada sistem persekolahan di sekolah-sekolah lain. Sistem pembelajaran di sana dibentuk berbeza supaya pelajar dapat belajar sesuatu buat 24 jam. Pelajar di sana juga hanya boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Arab. Alif mendapat tahu bahawa sekolah itu amat popular dan setiap tahun seramai dua ribu pelajar ingin memasuki sekolah itu dan hanya empat ratus akan dipilih. Pelajar yang ingin mendaftar ke sekolah itu perlu menduduki ujian yang menguji pengetahuan mereka sebelum mereka akan diterima masuk ke sekolah itu. Saya dapat rasakan perasaan Alif buat masa itu apabila dia diberitahu bahawa dia harus menduduki ujian sebelum diterima masuk. Tentunya dia berasa panik atas berita kejutan itu.
Bab 3 - Negeri 5 Menara
Bab ini menceritakan perjalanan Alif dan bapanya ke Pondok Madani di Jawa Timur yang amat memenatkan kerana mereka harus berada dalam bas selama 3 hari untuk sampai ke destinasi mereka. Saya sebagai pembaca dapat merasakan kepenatan yang dirasai oleh Alif dan bapanya. Penerangan yang amat deskriptif dan efektif dapat membuat pembaca merasai perasaan Alif dan bapanya.
Monday, March 4, 2013
Bab 2 Keputusan Setengah Hati - Negeri 5 Menara
Alif telah mendapat keputusan yang baik dan ingin memasuki Sekolah Menegah Atas (SMA) namun tidak disokong oleh ibu bapanya. Mereka inginkan Alif memasuki ke sekolah agama. Alif berasa kecewa kerana keinginannya tidak disokong oleh ibu bapanya. Suatu hari, Alif menerima surat daripada Pakcik Gindo yang sedang belajar di Mesir dan dia menulis untuk memberitahu Alif bahawa Pondok Madani amat bagus kerana ia dapat mengubah sikap murid-murid. Alif mendengar nasihat Pakcik Gindo dan membuat keputusan untuk menurut cadangan ibu bapanya namun dengan perasaan setengah hati. Bab ini menarik kerana ia menunjukkan elemen-elemen deskriptif.
Bab 1 Pesan Dari Masa Silam - Negeri 5 Menara
Watak utama, Alif, berada di Washington DC untuk menghadiri undangan The World Inter-Faith Forum sebagai seorang ahli panel. Tiba-tiba, dia mendapat mesej di Messenger daripada sesorang yang bernama 'Batutah'. Rupanya, dia ialah Atang, kawannya daripada Pondok Madani. Dia juga akan pergi ke London untuk mewakili Al-Azhar untuk acara yang sama. Mereka akan berkumpul lagi setelah beberapa tahun terpisah. Dari situ, Alif mula mengenang masa dahulu. Bab ini menarik kerana ia menceritakan situasi sekarang dan mengimbas kembali masa dahulu.
Subscribe to:
Posts (Atom)