Tuesday, February 12, 2013

Cuti Tahun Baru Cina

Pada hari Jumaat, 8 Feb 12, kami dapat pulang dari sekolah dalam pukul 11.40 pagi kerana kami tidak belajar disebabkan Spring It Up dan persembahan sempena Tahun Baru Cina. Spring It Up diadakan pada setiap tahun dan tahun ini merupakan kali kelima ia diadakan. Ia diadakan pada hari yang dekat dengan Tahun Baru Cina kerana ia bertujuan untuk membantu para penduduk mengemas barang-barang yang tidak diperlukan. Ini dapat mengeratkan hubungan saya dengan rakan sekelas saya yang baru. Sambutan Hari Raya Cina agak menghiburkan walaupun ia dalam bahasa Mandarin dan sukar untuk pelajar Melayu ataupun India faham. Selepas tamat sekolah, saya berjumpa dengan Sabrina, Maryam dan Zakiah di Bugis untuk membeli-belah. Betapa bahagianya saya dapat membeli-belah pada hari itu dan meluangkan masa saya bersama kawan-kawan rapat saya.

Pada hari Sabtu, 9 Feb 12, saya dan keluarga telah pergi ke Costa Sands Resort untuk menyambut hari jadi sedara saya. Kami berada di sana daripada tengahari hingga ke malam. Ia amat menyeronakkan kerana saya dapat meluangkan masa saya bersama keluarga saya. Kami juga ke pantai yang berdekatan dengan chalet itu untuk berseronok. Alangkah seronoknya dapat ke pantai dan menikmati alam. Pada hari itu juga saya dapat makan dengan banyak terutama sekali makanan yang dipanggang apabila kami BBQ pada pukul 6 petang. Saya amat menggemari otak-otak pada hari itu. Kami memotong kek pada waktu malam apabila semua keluarga sudah datang. Keknya amat istimewa kerana ia diperbuat daripada brownies. Hari itu, kami bukan hanya sambut hari jadi seorang sahaja tetapi tiga orang sedara saya. Alangkah meriahnya keadaan pada saat itu. Makcik saya juga telah membawa kek cawan untuk kami semua. Apabila pukul 11.30 malam sudah mejelang, kami pun pulang dan betapa penatnya saya pada hari itu. Rambut saya juga bau BBQ dan saya tidak suka.

Pada hari Ahad, 10 Feb 12, kami sekeluarga telah berkumpul di Tekka untuk bersarapan seperti hari Ahad yang biasa. Ia merupakan sesuatu yang harus dilakukan pada hari Ahad dan Tekka merupakan tempat biasa kami.

Pada hari Isnin, 11 Feb 12, saya sekeluarga tidak keluar sepanjang hari kerana kami sibuk mengecat bilik-bilik kami. Ibu bapa saya telah mula mengecat bilik mereka seawal pukul 8 pagi dan inilah membuat saya terjaga daripada tidur saya. Sememtara ibu bapa saya mengecat bilik mereka, saya dan adik saya telah menonton drama Adam Dan Hawa di dalam komputer sehingga ibu bapa kami habis mengecat bilik mereka pada waktu tengahari. Selepas bilik mereka habis dicat, bilik kami pula dicat. Kami semua bersama-sama mengecat bilik saya dan adik saya. Warna bilik kami telah ditukar daripada warna merah jambu kepada warna ungu, warna kegemaran saya. Kami habis mengecat dalam pukul 7 malam dan setelah itu, kami semua kelihatan amat letih sehinggakan bapa saya mula sakit keesokkan harinya. Saya berasa gembira dapat melihat perubahan yang baru di bilik saya.

Pada hari Selesa, 12 Feb 12, makcik saya telah menjemput kami sekeluarga pergi ke rumahnya untuk berlepak. Inilah peluang unutk kami sekeluarga berkumpul dan bercerita. Setiap kali kami berkumpul, tentu sekali ada sahaja perkara untuk dibincangkan ataupun dikongs. Kali ini ia mengenai hantu. Pelik tetapi menghiburkan. Kami juga dapat menjamu selera masakan makcik saya iaitu nasi lemak dan macaroni goreng. Selain itu, kami juga menonton filem bersama-sama seperti Ah Boys To Men dan juga Kahwin 5. Pastinya pada hari itu amat kecoh dan suasana amat meriah.

No comments:

Post a Comment