Assalamualaikum pembacaku. Hari ini merupakan 16 Ramadan 1434H. Ya, cepat sungguh masa berlalu. Tanpa disangka, kami sudah berpuasa selama separuh bulan. Banyak cabaran yang telah saya lalui dari segi fizikal dan mental pada bulan Ramadhan ini. Namun, dengan kesabaran, saya dapat mengatasinya dan redhah sahaja dengan apa yang telah berlaku. Cabaran terbesar yang saya lalui ialah apabila perasaan letih dan kehausan dirasa setelah tamat melakukan senaman jasmani di sekolah. Ia mencabar tahap ketabahan saya.
Pada pendapat saya, pada bulan yang mulia ini, kami haruslah melakukan kerja yang berfaedah dan jangan tidur sahaja. Malah, kami harus banyak melakukan kerja-kerja yang dapat meningkatkan pahala kami pada bulan ini seperti contoh, banyak membaca Quran. Saya rasa, bulan Ramadhan ini telah merubah sikap saya untuk lebih merapatkan diri saya dengan Allah SWT dan saya berharap pada bulan ini juga dapat membuka hati orang ramai untuk berubah.
Sekian di sini sahaja. Saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa kepada semua umat Islam dan semoga ia diberkati oleh Allah SWT. Amin.
No comments:
Post a Comment